Tuesday, April 5, 2011

ULU LEGONG HOT SPRING

Ulu Legong Hot Spring merupakan lokasi percutian yang terkenal di daerah Baling.  Pusat rekriasi ini menjadi tumpuan pengunjung pada setiap hujung minggu.  Pengunjung yang tinggal di luar negeri Kedah boleh menginap di Rumah Rehat yang disediakan di sini.  Jadikanlah Ulu Legong Hot Spring sebagai salah satu destinasi percutian anda.

Sunday, November 28, 2010

PERJUMPAAN KELUARGA LEBAI DERIS

Cucu-cicit Lebai Deris telah mengadakan perjumpaan keluarga buat kali kedua pada November 2010 bertempat di Kampung banggol mukim Sidam di perkarangan surau Hj. Salleh.  Tiga ratus ahli keluarga telah menghadirinya.  Majlis tersebut merupakan kesinambungan daripada perjumpaan kali pertama yang telah diadakan di Lahar Ikan Mati, Kepala Batas pada tahun 2009. Menurut Tn Hj Ahmad majlis tersebut akan dijadikan acara tahunan bertujuan merapatkan hubungan kekeluargaan disamping mengumpul dana untuk cucu-cicit Lebai Deris melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

Monday, November 8, 2010

Langkawi - seindah namamu

Pulau Langkawi merupakan pulau pelancongan yang terkenal di utara semenanjung.  Ramai pengunjung melawat ke pulau bersejarah ini untuk membeli belah dan bersantai untuk menghilangkan lelah setelah bertungkus lumus bekerja sepanjang tahun.

Tanjung Rhu antara tempat yang mendamaikan, jauh dari kesibukan dengan air laut yang kebiruan amat sesuai sebagai lokasi percutian bersama keluarga.



Tanjung Rhu- Langkawi

Wednesday, October 20, 2010

Katakan tidak kepada rokok

Adakah anda merokok ?.


 Zaman remaja banyak cabaran dan dugaan. Ramai perokok tegar bermula dengan ingin mencuba, akhirnya menjadi satu amalan yang sukar untuk ditinggalkan.  Saya menasihatkan para remaja supaya cuba menghindari tabiat ini kerana ia memberi kesan dalam jangka panjang.

Berikut adalah tip untuk mengurangkan aktiviti merokok.

Saturday, October 9, 2010

Kesihatan Diri


Setiap org perlu menjaga kesihatan. Terutamanya apabiala usia semakin meningkat.
Akativiti bersukan, rekriasi dan pengambilan makanan berkhasiat dan
betul membantu individu itu mengekalkan kesihatan diri.